fbpx

SINAR UV, selain daripada merosakkan DNA sel kulit ia juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penghasilan jeragat. Terkena sinar UV yang berterusan akan menggalakkan lebih banyak penghasilan melanin melalui proses melanogenesis.

Melanin adalah pigmen gelap yang terhasil di dalam kulit oleh sel melanocytes. Kawasan yang terdedah lebih banyak sinar UV akan menghasilkan lebih banyak pigmen melanin berbanding kawasan yang tidak terdedah.  Jeragat akan wujut terutamanya pada kawasan yang terdedah dengan sinar UV sepeti muka dan lengan.

Kulit kita (epidermis) ada 5 lapisan. Paling atas dipanggil Stratum Corneum dan paling bawah dipanggil Stratum Basal. Sel kulit akan perlahan-lahan berganti baru setiap 28 hari dengan gerakan daripada bawah ke luar. Jika jeragat berada di dalam kulit, ia akan perlahan-lahan bergerak keluar dan nampak semakin jelas apabila berada di lapisan paling luar.

Bukan UV sahaja menjadi penyumbang kepada pembentukan jeragat. Faktor umur, pegambilan pil perangcang serta penggunaan produk kecantikan tinggi chemical juga adalah antara puncanya.

 

Apakah punca jeragat?