fbpx
  1. STRESS – 

    Stress adalah salah satu faktor penyebab tumbuhnya jerawat di muka. Apabila kita dalam keadaan stress yang tinggi adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan kita akan keluar secara berlebihan dan ini menjadi punca tumbuhnya jerawat.

  2. HORMON – 

    Masa usia remaja akan berlaku perubahan pada Hormon (kalenjar sebaceous). Kelenjar ini akan mengembang dan mengeluarkan sebum dengan banyak menyebabkan kulit wajah berminyak serta mengundang jerawat. Sebab itu ramai remaja sama ada lelaki atau perempuan kerap mengalami masalah jerawat.

  3. KULIT WAJAH TAK BERSIH – 

    Pencemaran seperti asap, debu dan kotoran di persekitaran yang melekat pada kulit muka akan menyebabkan liang pori tersumbat. Jika cuci tak bersih, ini akan menyebabkan timbulnya jerawat. Oleh itu pastikan muka dicuci dengan teknik yang betul supaya kulit muka betul-betul bersih.

  4. TAK JAGA PEMAKANAN – 

    Makanan yang kurang sihat, makanan berlemak atau makanan yang berminyak akan menyebabkan penghasilan sebum secara berlebihan menyebabkan kulit berminyak seterusnya mengundang munculnya jerawat.

  5. GAYA HIDUP TAK SIHAT – 

    Jerawat juga boleh tumbuh disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Kurang excercise, merokok, kurang minum air serta pola pemakanan tak betul itu boleh tingkatkan risiko tumbuh jerawat di muka.

    Muka yang cantik adalah hasil dari kesihatan kulit. Kecantikan kulit dan kesihatan kulit itu tentu sebenarnya datang daripada kesihatan tubuh badan kita.

  6. SELALU GUNA MAKE UP TEBAL – 

    Sebahagian besar wanita, make up sudah menjadi satu kebiasaan dan satu keperluan untuk kelihatan cantik. Namun penggunaan make up secara berlebihan tambah pula tidak dicuci dengan sempurna, menyebabkan liang pori masih tersumbat kerana bekas make up masih ada lagi.

  7. JENIS KULIT BERMINYAK

    Hampir setiap orang pernah mengalami tumbuh jerawat di muka. Namun ada diantara kita yang sememangnya mempunyai masalah jerawat lebih banyak dari yang lain disebabkan faktor kulit mereka itu sendiri.

    Kulit muka yang sentiasa berminyak menyebabkan debu dan kotoran lebih mudah melekat. Muka cepat kotor dan liang pori senang tersumbat.

7 PUNCA KENAPA JERAWAT TUMBUH