fbpx

TANGGAPAN YG SALAH#1

Kebanyakan wanita menganggap fungsi foundation ataupun bedak asas adalah untuk menghasilkan kulit muka yang flawless.

Untuk Pengetahuan:

Foundation ataupun bedak asas tergolong dalam kategori kosmetik dan bukannya skincare. Ia bukan untuk membaiki kulit sebaliknya ia berfungsi untuk MERATAKAN TONA KULIT KITA.

TANGGAPAN YG SALAH#2

Kita sering tersalah anggap bahawa foundation berfungsi untuk mencerahkan kulit.

Fungsi Foundation adalah untuk:

Menutup ketidaksempurnaan pada kulit muka dan memberi tona yang sekata pada wajah. 

Lihat tips-tips dalam pemilihan foundation yang sesuai untuk kulit wajah kita.

TIP#1 : KENAL PASTI KEADAAN KULIT MUKA ANDA!

Pilih foundation yang sesuai dengan kulit sendiri.

Untuk kulit muka yang normal atau kering, pilih foundation yang berasaskan minyak.

Untuk kulit berminyak pilih foundation yang berasaskan air.

Untuk kulit sensitif, dapatkan nasihat pakar skincare terlebih dahulu.

 

TIPS#2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL

Ramai wanita mencuba foundation di belakang tapak tangan.

Ini kurang tepat. Tona kulit muka dan tangan tidak sama.

Calit sedikit foundation di pipi anda. Dengan cara ini, pemilihan warna foundation adalah tepat.  

 

TIPS#2 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA

Garisan halus dan kedutan muncul bukan sahaja di wajah wanita berusia tetapi juga wanita muda akibat cuaca dan tekanan.

Untuk menutup garis halus ini, foundation yang sesuai ialah jenis mousse atau krim.

 

TIPS#4 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA!

Jika anda berkerja di bawah panas matahari, pilihlah foundation yang mempunyai SPF, iaitu pelindung sinar matahari.

Sinar matahari menyebabkan kulit menghasilkan Melanin, iaitu ejen kepada penghasilan jeragat.

Carilah foundation yang mempunyai SPF50 PA. Jika ia mempunyai rating “ +++ ” itu lebih baik.

Lebih banyak tanda “ + “ bermakna ianya lebih efektif melindungi kulit anda dari sinar matahari.

Bagi yang berkerja di pejabar berhawa dingin, pilihlah foundation yang mempunyai pelembab agar kulit anda tidak kering.

 

TIPS#5 : PILIH PRODUK YG TERBUKTI, DIYAKINI DAN DIIKTIRAF SELAMAT!

Jangan sekali-kali beli foundation dari brand atau jenama yang kita tidak tahu sejarahnya.

Sekarang ini terlalu banyak produk kosmetik beracun “repack” dari negara jiran.

Pilihlah produk yang berkualiti dan tidak membahayakan kulit wajah anda.

Jika anda tersilap beli kos perubatan bukan murah. Itupun tiada jaminan kulit wajah anda akan dapat dipulihkan.

5 TIPS MEMILIH FOUNDATION SUPAYA KULIT MUKA NAMPAK FLAWLESS DAN BEBAS JERAGAT