fbpx

3 cara untuk merawat liang pori terbuka

Pori terbuka selain mencacatkan rupa wajah asli anda ia juga menjadi sebab berlakunya masalah lain jika tidak diurus dengan baik. Rawat masalah riang pori terbuka dengan mencari puncanya.

Kulit kita mempunyai berjuta-juta liang dan lubang kecil yang menjadikan kulit kelihatan seperti kulit. Walaupun saiz liang juga ditentukan oleh genetik, untuk kulit yang sihat, liang pori hampir tidak akan kelihatan dengan mata kasar.

Liang pori terbuka lazimnya adalah disebabkan aktivity penyumbatan yang berlaku menyebabkan dinding pori mengalami regangan dan menjadi semakin besar.

 

Bagaimana pori terbuka berlaku?

Pori-pori di wajah kita mempunyai satu tugas iaitu untuk mengeluarkan peluh dan sebum. Sebum adalah minyak semulajadi yang bertindak untuk melembabkan kulit seterusnya menghalang kulit wajah menjadi terlalu kering.

Apabila kelenjar menghasilkan terlalu banyak sebum, ia akan memerangkap kotoran serta sisa sel-sel kulit mati yang membawa kepada liang tersumbat.

Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan kesukaran pada kulit untuk bernafas disamping cuba mengeluarkan sebum secara semulajadi. Situasi ini akan menyebabkan laing pori mengembang dan besar. Ia bertambah teruk jika wajah tidak dicuci dengan betul.

 

TIP #1: Lakukan cleansing secara lembut.

Anda terdedah kepada liang pori tersumbat? Mencuci adalah langkah wajib yang perlu anda lakukan dan patut anda berikan lebih perhatian. Walaupun begitu tekanan berlebihan semasa mencuci akan menyebabkan lebih banyak mudarat dari kebaikan.

Tukar pembersih keras yang anda ada dengan pembersih muka yang lebih lembut. Pencuci muka yang kuat akan mengeringkan kulit dan seterusnya kalenjar minyak bertindakbalas mengeluarkan lebih banyak sebum dan akan memburukkan lagi masalah.

 

TIP #2: Balancekan dan rilexkan kulit anda.

Untuk mengurangkan peluang pori menjadi tersumbat, sentiasa melihat kepada 2 perkara ini. SEBUM dan SEL KULIT MATI. Sebum adalah sebahagian fungsi semulajadi kulit kita. Jika terlalu banyak sebum ia akan memerangkap sel kulit mati dan kotoran lain seterusnya lebih banyak penyumbatan berlaku.

Sel-sel kulit mati pula membentuk lapisan di atas kulit kita. Kulit sentiasa menghasilkan sel kulit baru setiap hari dan kitaran penuh kulit mengambil masa sebulan. Apabila sel-sel kulit mati tidak dikeluarkan ia akan menyebabkan kulit kita kelihatan tidak bermaya dan tiada seri.

Jadi gunakan toner untuk balancekan semula kulit wajah selepas dicuci untuk mengawal dan mengimbangi jumlah sebum yang keluar.

 

TIP #3: Tutup liang pori yang kelihatan

Secara teknikal kita tidak boleh memperbaiki pori seperti keadaan asal dengan cepat. Tetapi kita boleh memperbaiki rupa pori kita supaya tidak kelihatan terlalu ketara dengan menggunakan foundation yang sesuai.

Apabila liang pori tidak bermasalah, ia masih juga boleh kelihatan ketara jika struktur kulit kita lemah dan kekurangan bekalan mineral.

Ia adalah sebahagian proses penuaan semulajadi disebabkan jumlah collagen and elastin yang berkurangan.

Rawat masalah pori terbuka dengan Serum anti-penuaan. Serum yang terbaik biasanya dapat melambatkan proses penuaan kulit. Ia dapat menguatkan fungsi kulit dari masa ke masa.

 

Dermags Skincare Solution

Dermags keluaran University Teknologi Malaysia dapat membantu memberbaiki tekstur kulit wajah supaya menjadi sihat dan cerah secara semulajadi.

Dermags Intensive Brightening Cleanser bertekstur ringan dan halus sesuai untuk semua jenis kulit. Ia membantu membersihkan liang pori yg tersumbat dari segala kekotoran.

Dermags Intensive Brightening Skin Softener pula membantu memberi kesegaran, mencerahkan dan memberi kelembapan wajah secara maksima sepanjang hari.

Dermags Intensive Brightening Serum menggalakkan penghasilan kolegen secara semulajadi untuk membantu merawat masalah liang pori terbuka, parut, jeragat, jerawat, kedutan dan lain-lain lagi.

 

3 CARA MERAWAT LIANG PORI TERBUKA